Berikut ini adalah wasiat islamik yang berharga dalam
berbagai aspek seperti ibadah,muamalah, akhlaq, adab dan
yang lainnya dari sendi-sendi kehidupan.
Wasiat ini dipersembahkan sebagai peringatan kepada para
pemuda muslim yang senantiasa bersemangat
mencari apa yang bermanfaat
baginya, dan sesungguhnya
peringatan itu bermanfaat
bagi orang-orang yang
beriman.
Semoga Allah menjadikan hal
ini bermanfaat bagi orang
yang membacanya ataupun
mendengarkannya. Dan agar
memberikan pahala yang
besar bagi penyusunnya,
penulisnya, yang
menyebarkannya ataupun
yang mengamalkannya.
Cukuplah bagi kita, Allah
sebaik-baik tempat
bergantung.
1. Ikhlaskanlah niat kepada
Allah dan hati-hatilah dari riya’
baik dalam perkataan ataupun
perbuatan.
2. Ikutilah sunnah Nabi dalam
semua perkataan, perbuatan,
dan akhlaq.
3. Bertaqwalah kepada Allah
dan ber’azamlah untuk
melaksanakan semua perintah
dan menjauhi segala larangan-
Nya.
4. Bertaubatlah kepada Allah
dengan taubat nashuha dan
perbanyaklah istighfar.
5. Ingatlah bahawa Allah
senatiasa mengawasi gerak-
gerikmu. Dan ketahuilah
bahawa Allah melihatmu,
mendengarmu dan
mengetahui apa yang tersirat
di hatimu.
6. Berimanlah kepada Allah,
malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya,
rasul-rasul-Nya, dan hari akhir
serta qadar yang baik ataupun
yang buruk.
7. Janganlah engkau taqlid
(mengikut) kepada orang lain
dengan buta (tanpa memilih
dan memilah mana yang baik
dan yang buruk serta mana
yang sesuai dengan sunnah/
syari’at dan mana yang tidak).
Dan janganlah engkau
termasuk orang yang tidak
punya pendirian.
8. Jadilah engkau sebagai
orang pertama dalam
mengamalkan kebaikan
kerana engkau akan
mendapatkan pahalanya dan
pahala orang yang mengikuti/
mencontohmu dalam
mengamalkannya.
9. Peganglah kitab Riyadhush
Shalihin, bacalah olehmu dan
bacakan pula kepada
keluargamu, demikian juga
kitab Zaadul Ma’ad oleh Ibnul
Qayyim.
10. Jagalah selalu wudhu’mu
dan perbaharuilah. Dan jadilah
engkau senantiasa dalam
keadaan suci dari hadats dan
najis.
11. Jagalah selalu shalat di
awal waktu dan berjamaah di
masjid terlebih lagi sahalat
‘Isya dan Fajr (shubuh).
12. Janganlah memakan
makanan yang mempunyai
bau yang tidak enak seperti
bawang putih dan bawang
merah. Dan janganlah
merokok agar tidak
membahayakan dirimu dan
kaum muslimin.
13. Jagalah selalu shalat
berjamaah agar engkau
mendapat kemenangan
dengan pahala yang ada pada
shalat berjamaah tersebut.
14. Tunaikanlah zakat yang
telah diwajibkan dan janganlah
engkau bakhil kepada orang-
orang yang berhak
menerimanya.
15. Bersegeralah berangkat
untuk shalat Jumat dan
janganlah berlambat-lambat
sampai setelah adzan kedua
kerana engkau akan berdosa.
16. Puasalah di bulan
Ramadhan dengan penuh
keimanan dan mengharap
pahala dari Allah agar Allah
mengampuni dosa-dosamu
baik yang telah lalu ataupun
yang akan datang.
17. Hati-hatilah dari berbuka di
siang hari di bulan Ramadhan
tanpa udzur syar’i sebab
engkau akan berdosa
kerananya.
18. Tegakkanlah shalat malam
(tarawih) di bulan Ramadhan
terlebih-lebih pada malam
lailatul qadar dengan penuh
keimanan dan mengharap
pahala dari Allah agar engkau
mendapatkan ampunan atas
dosa-dosamu yang telah lalu.
19. Bersegeralah untuk haji
dan umrah ke Baitullah Al-
Haram jika engkau termasuk
orang yang mampu dan
janganlah menunda-nunda.
20. Bacalah Al-Qur’an dengan
mentadaburi maknanya.
Laksanakanlah perintahnya
dan jauhi larangannya agar Al-
Qur’an itu menjadi hujjah
bagimu di sisi rabmu dan
menjadi penolongmu di hari
qiyamat.
21. Senantiasalah
memperbanyak dzikir kepada
Allah baik perlahan-lahan
ataupun dikeraskan, apakah
dalam keadaan berdiri, duduk
ataupun berbaring. Dan hati-
hatilah engkau dari kelalaian.
22. Hadirilah majlis-majlis
dzikir kerana majlis dzikir
termasuk taman syurga.
23. Tundukkan pandanganmu
dari aurat dan hal-hal yang
diharamkan dan hati-hatilah
engkau dari mengumbar
pandangan, kerana pandangan
itu merupakan anak panah
beracun dari anak panah Iblis.
24. Janganlah engkau
panjangkan pakaianmu
melebihi mata kaki dan
janganlah engkau berjalan
dengan kesombongan/
keangkuhan.
25. Janganlah engkau
memakai pakaian sutera dan
emas kerana keduanya
diharamkan bagi laki-laki.
26. Janganlah engkau
menyerupai wanita dan
janganlah engkau biarkan
wanita-wanitamu menyerupai
laki-laki.
27. Biarkanlah janggutmu
kerana Rasulullah: “Cukurlah
kumis dan panjangkanlah
janggut.” (HR. Bukhari Dan
Muslim)
28. Janganlah engkau makan
kecuali yang halal dan
janganlah engkau minum
kecuali yang halal agar doamu
diijabah.
29. Ucapkanlah "bismillah"
ketika engkau hendak makan
dan minum dan ucapkanlah
"alhamdulillah" apabila engkau
telah selesai.
30. Makanlah dengan tangan
kanan, minumlah dengan
tangan kanan, ambillah dengan
tangan kanan dan berilah
dengan tangan kanan.
31. Hati-hatilah dari berbuat
kezhaliman kerana kezhaliman
itu merupakan kegelapan di
hari kiamat.
32. Janganlah engkau bergaul
kecuali dengan orang mukmin
dan janganlah dia memakan
makananmu kecuali engkau
dalam keadaan bertaqwa
(dengan ridha dan memilihkan
makanan yang halal untuknya).
33. Hati-hatilah dari suap-
menyuap (kolusi), baik itu
memberi suap, menerima
suap ataupun perantaranya,
kerana pelakunya terlaknat.
34. Janganlah engkau mencari
keridhaan manusia dengan
kemurkaan Allah kerana Allah
akan murka kepadamu.
35. Ta’atilah pemerintah dalam
semua perintah yang sesuai
dengan syari’at dan doakanlah
kebaikan untuk mereka.
36. Hati-hatilah dari bersaksi
palsu dan menyembunyikan
persaksian.
“Barangsiapa yang
menyembunyikan
persaksiannya maka hatinya
berdosa. Dan Allah maha
mengetahui apa yang kalian
kerjakan.” (Al-Baqarah: 283)
37. “Dan ber amar ma’ruf nahi
mungkarlah serta shabarlah
dengan apa yang
menimpamu.” (Luqman: 17)
Ma’ruf adalah apa-apa yang
diperintahkan oleh Allah dan
rasul-Nya , dan mungkar
adalah apa-apa yang dilarang
oleh Allah dan rasul-Nya.
38. Tinggalkanlah semua hal
yang diharamkan baik yang
kecil ataupun yang besar dan
janganlah engkau bermaksiat
kepada Allah dan janganlah
membantu seorangpun dalam
bermaksiat kepada-Nya.
39. Janganlah engkau dekati
zina. Allah berfirman:
“Janganlah kalian mendekati
zina. Sesungguhnya zina itu
adalah kekejian dan sejelek-
jelek jalan.” (Al-Isra’:32)
40. Wajib bagimu berbakti
kepada orang tua dan hati-
hatilah dari mendurhakainya.
41. Wajib bagimu untuk
silaturahim dan hati-hatilah
dari memutuskan hubungan
silaturahim.
42. Berbuat baiklah kepada
tetanggamu dan janganlah
menyakitinya. Dan apabila dia
menyakitimu maka
bersabarlah.
43. Perbanyaklah mengunjungi
orang-orang shalih dan
saudaramu di jalan Allah.
44. Cintalah kerana Allah dan
bencilah juga kerana Allah
kerana hal itu merupakan tali
keimanan yang paling kuat.
45. Wajib bagimu untuk duduk
bermajlis dengan orang shalih
dan hati-hatilah dari bermajlis
dengan orang-orang yang
jahat.
46. Bersegeralah untuk
memenuhi hajat (keperluan)
kaum muslimin dan buatlah
mereka bahagia.
47. Berhiaslah dengan
kelemahlembutan, sabar dan
teliti. Hatilah-hatilah dari sifat
keras, kasar dan tergesa-
gesa.
48. Janganlah memotong
pembicaraan orang lain dan
jadilah engkau pendengar yang
baik.
49. Sebarkanlah salam kepada
orang yang engkau kenal
ataupun tidak engkau kenal.
50. Ucapkanlah salam yang
disunahkan iaitu
"assalamualaikum" dan tidak
cukup hanya dengan isyarat
telapak tangan atau kepala
saja.
51. Janganlah mencela
seorangpun dan mensifatinya
dengan kejelekan.
52. Janganlah melaknat
seorangpun termasuk haiwan
dan benda mati.
53. Hati-hatilah dari menuduh
dan mencoreng kehormatan
orang lain kerana hal itu
termasuk dosa yang paling
besar.
54. Hati-hatilah dari namimah
(mengadu domba), yakni
menyampaikan perkataan di
antara manusia dengan
maksud agar terjadi
kerosakan di antara mereka.
55. Hati-hatilah dari ghibah,
yakni engkau menceritakan
tentang saudaramu apa-apa
yang dia benci jika
mengetahuinya.
56. Janganlah engkau
mengagetkan, menakuti dan
menyakiti sesama muslim.
57. Wajib bagimu melakukan
ishlah (perdamaian) di antara
manusia kerana hal itu
merupakan amalan yang paling
utama.
58. Katakanlah hal-hal yang
baik, jika tidak maka diamlah.
59. Jadilah engkau orang yang
jujur dan janganlah berdusta
kerana dusta akan
menghantarkan kepada dosa
dan dosa menghantarkan
kepada neraka.
60. Janganlah engkau bermuka
dua. Datang kepada
sekelompok dengan satu
wajah dan kepada kelompok
lain dengan wajah yang lain.
61. Janganlah bersumpah
dengan selain Allah dan
janganlah banyak bersumpah
meskipun engkau benar.
62. Janganlah menghina orang
lain kerana tidak ada
keutamaan atas seorangpun
kecuali dengan taqwa.
63. Janganlah mendatangi
dukun, ahli nujum serta
tukang sihir dan jangan
membenarkan (perkataan)
mereka.
64. Janganlah menggambar
gambar manusia dan binatang.
Sesungguhnya manusia yang
paling keras adzabnya pada
hari kiamat adalah tukang
gambar.
65. Janganlah menyimpan
gambar makhluk yang
bernyawa di rumahmu kerana
akan menghalangi malaikat
untuk masuk ke rumahmu.
66. Tasymitkanlah orang yang
bersin dengan membaca:
"yarhamukallah" apabila dia
mengucapkan: "alhamdulillah"
67. Jauhilah bersiul dan tepuk
tangan.
68. Bersegeralah untuk
bertaubat dari segala dosa
dan ikutilah kejelekan dengan
kebaikan kerana kebaikan
tersebut akan
menghapuskannya. Dan hati-
hatilah dari menunda-nunda.
69. Berharaplah selalu akan
ampunan Allah serta rahmat-
Nya dan berbaik sangkalah
kepada Allah .
70. Takutlah kepada adzab
Allah dan janganlah merasa
aman darinya.
71. Bersabarlah dari segala
mushibah yang menimpa dan
bersyukurlah dengan segala
kenikmatan yang ada.
72. Perbanyaklah melakukan
amal shalih yang pahalanya
terus mengalir meskipun
engkau telah mati, seperti
membangun masjid dan
menyebarkan ilmu.
73. Mohonlah syurga kepada
Allah dan berlindunglah dari
neraka.
74. Perbanyaklah
mengucapkan shalawat dan
salam kepada Rasulullah.
Shalawat dan salam
senantiasa Allah curahkan
kepadanya sampai hari kiamat
juga kepada keluarganya dan
seluruh shahabatnya.
(Diterjemahkan dari buletin
berjudul 74 Washiyyah li Asy-
Syabab terbitan Daarul Qashim
Riyadl-KSA oleh Abu
Abdurrahman Umar Munawwir)
berbagai aspek seperti ibadah,muamalah, akhlaq, adab dan
yang lainnya dari sendi-sendi kehidupan.
Wasiat ini dipersembahkan sebagai peringatan kepada para
pemuda muslim yang senantiasa bersemangat
mencari apa yang bermanfaat
baginya, dan sesungguhnya
peringatan itu bermanfaat
bagi orang-orang yang
beriman.
Semoga Allah menjadikan hal
ini bermanfaat bagi orang
yang membacanya ataupun
mendengarkannya. Dan agar
memberikan pahala yang
besar bagi penyusunnya,
penulisnya, yang
menyebarkannya ataupun
yang mengamalkannya.
Cukuplah bagi kita, Allah
sebaik-baik tempat
bergantung.
1. Ikhlaskanlah niat kepada
Allah dan hati-hatilah dari riya’
baik dalam perkataan ataupun
perbuatan.
2. Ikutilah sunnah Nabi dalam
semua perkataan, perbuatan,
dan akhlaq.
3. Bertaqwalah kepada Allah
dan ber’azamlah untuk
melaksanakan semua perintah
dan menjauhi segala larangan-
Nya.
4. Bertaubatlah kepada Allah
dengan taubat nashuha dan
perbanyaklah istighfar.
5. Ingatlah bahawa Allah
senatiasa mengawasi gerak-
gerikmu. Dan ketahuilah
bahawa Allah melihatmu,
mendengarmu dan
mengetahui apa yang tersirat
di hatimu.
6. Berimanlah kepada Allah,
malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya,
rasul-rasul-Nya, dan hari akhir
serta qadar yang baik ataupun
yang buruk.
7. Janganlah engkau taqlid
(mengikut) kepada orang lain
dengan buta (tanpa memilih
dan memilah mana yang baik
dan yang buruk serta mana
yang sesuai dengan sunnah/
syari’at dan mana yang tidak).
Dan janganlah engkau
termasuk orang yang tidak
punya pendirian.
8. Jadilah engkau sebagai
orang pertama dalam
mengamalkan kebaikan
kerana engkau akan
mendapatkan pahalanya dan
pahala orang yang mengikuti/
mencontohmu dalam
mengamalkannya.
9. Peganglah kitab Riyadhush
Shalihin, bacalah olehmu dan
bacakan pula kepada
keluargamu, demikian juga
kitab Zaadul Ma’ad oleh Ibnul
Qayyim.
10. Jagalah selalu wudhu’mu
dan perbaharuilah. Dan jadilah
engkau senantiasa dalam
keadaan suci dari hadats dan
najis.
11. Jagalah selalu shalat di
awal waktu dan berjamaah di
masjid terlebih lagi sahalat
‘Isya dan Fajr (shubuh).
12. Janganlah memakan
makanan yang mempunyai
bau yang tidak enak seperti
bawang putih dan bawang
merah. Dan janganlah
merokok agar tidak
membahayakan dirimu dan
kaum muslimin.
13. Jagalah selalu shalat
berjamaah agar engkau
mendapat kemenangan
dengan pahala yang ada pada
shalat berjamaah tersebut.
14. Tunaikanlah zakat yang
telah diwajibkan dan janganlah
engkau bakhil kepada orang-
orang yang berhak
menerimanya.
15. Bersegeralah berangkat
untuk shalat Jumat dan
janganlah berlambat-lambat
sampai setelah adzan kedua
kerana engkau akan berdosa.
16. Puasalah di bulan
Ramadhan dengan penuh
keimanan dan mengharap
pahala dari Allah agar Allah
mengampuni dosa-dosamu
baik yang telah lalu ataupun
yang akan datang.
17. Hati-hatilah dari berbuka di
siang hari di bulan Ramadhan
tanpa udzur syar’i sebab
engkau akan berdosa
kerananya.
18. Tegakkanlah shalat malam
(tarawih) di bulan Ramadhan
terlebih-lebih pada malam
lailatul qadar dengan penuh
keimanan dan mengharap
pahala dari Allah agar engkau
mendapatkan ampunan atas
dosa-dosamu yang telah lalu.
19. Bersegeralah untuk haji
dan umrah ke Baitullah Al-
Haram jika engkau termasuk
orang yang mampu dan
janganlah menunda-nunda.
20. Bacalah Al-Qur’an dengan
mentadaburi maknanya.
Laksanakanlah perintahnya
dan jauhi larangannya agar Al-
Qur’an itu menjadi hujjah
bagimu di sisi rabmu dan
menjadi penolongmu di hari
qiyamat.
21. Senantiasalah
memperbanyak dzikir kepada
Allah baik perlahan-lahan
ataupun dikeraskan, apakah
dalam keadaan berdiri, duduk
ataupun berbaring. Dan hati-
hatilah engkau dari kelalaian.
22. Hadirilah majlis-majlis
dzikir kerana majlis dzikir
termasuk taman syurga.
23. Tundukkan pandanganmu
dari aurat dan hal-hal yang
diharamkan dan hati-hatilah
engkau dari mengumbar
pandangan, kerana pandangan
itu merupakan anak panah
beracun dari anak panah Iblis.
24. Janganlah engkau
panjangkan pakaianmu
melebihi mata kaki dan
janganlah engkau berjalan
dengan kesombongan/
keangkuhan.
25. Janganlah engkau
memakai pakaian sutera dan
emas kerana keduanya
diharamkan bagi laki-laki.
26. Janganlah engkau
menyerupai wanita dan
janganlah engkau biarkan
wanita-wanitamu menyerupai
laki-laki.
27. Biarkanlah janggutmu
kerana Rasulullah: “Cukurlah
kumis dan panjangkanlah
janggut.” (HR. Bukhari Dan
Muslim)
28. Janganlah engkau makan
kecuali yang halal dan
janganlah engkau minum
kecuali yang halal agar doamu
diijabah.
29. Ucapkanlah "bismillah"
ketika engkau hendak makan
dan minum dan ucapkanlah
"alhamdulillah" apabila engkau
telah selesai.
30. Makanlah dengan tangan
kanan, minumlah dengan
tangan kanan, ambillah dengan
tangan kanan dan berilah
dengan tangan kanan.
31. Hati-hatilah dari berbuat
kezhaliman kerana kezhaliman
itu merupakan kegelapan di
hari kiamat.
32. Janganlah engkau bergaul
kecuali dengan orang mukmin
dan janganlah dia memakan
makananmu kecuali engkau
dalam keadaan bertaqwa
(dengan ridha dan memilihkan
makanan yang halal untuknya).
33. Hati-hatilah dari suap-
menyuap (kolusi), baik itu
memberi suap, menerima
suap ataupun perantaranya,
kerana pelakunya terlaknat.
34. Janganlah engkau mencari
keridhaan manusia dengan
kemurkaan Allah kerana Allah
akan murka kepadamu.
35. Ta’atilah pemerintah dalam
semua perintah yang sesuai
dengan syari’at dan doakanlah
kebaikan untuk mereka.
36. Hati-hatilah dari bersaksi
palsu dan menyembunyikan
persaksian.
“Barangsiapa yang
menyembunyikan
persaksiannya maka hatinya
berdosa. Dan Allah maha
mengetahui apa yang kalian
kerjakan.” (Al-Baqarah: 283)
37. “Dan ber amar ma’ruf nahi
mungkarlah serta shabarlah
dengan apa yang
menimpamu.” (Luqman: 17)
Ma’ruf adalah apa-apa yang
diperintahkan oleh Allah dan
rasul-Nya , dan mungkar
adalah apa-apa yang dilarang
oleh Allah dan rasul-Nya.
38. Tinggalkanlah semua hal
yang diharamkan baik yang
kecil ataupun yang besar dan
janganlah engkau bermaksiat
kepada Allah dan janganlah
membantu seorangpun dalam
bermaksiat kepada-Nya.
39. Janganlah engkau dekati
zina. Allah berfirman:
“Janganlah kalian mendekati
zina. Sesungguhnya zina itu
adalah kekejian dan sejelek-
jelek jalan.” (Al-Isra’:32)
40. Wajib bagimu berbakti
kepada orang tua dan hati-
hatilah dari mendurhakainya.
41. Wajib bagimu untuk
silaturahim dan hati-hatilah
dari memutuskan hubungan
silaturahim.
42. Berbuat baiklah kepada
tetanggamu dan janganlah
menyakitinya. Dan apabila dia
menyakitimu maka
bersabarlah.
43. Perbanyaklah mengunjungi
orang-orang shalih dan
saudaramu di jalan Allah.
44. Cintalah kerana Allah dan
bencilah juga kerana Allah
kerana hal itu merupakan tali
keimanan yang paling kuat.
45. Wajib bagimu untuk duduk
bermajlis dengan orang shalih
dan hati-hatilah dari bermajlis
dengan orang-orang yang
jahat.
46. Bersegeralah untuk
memenuhi hajat (keperluan)
kaum muslimin dan buatlah
mereka bahagia.
47. Berhiaslah dengan
kelemahlembutan, sabar dan
teliti. Hatilah-hatilah dari sifat
keras, kasar dan tergesa-
gesa.
48. Janganlah memotong
pembicaraan orang lain dan
jadilah engkau pendengar yang
baik.
49. Sebarkanlah salam kepada
orang yang engkau kenal
ataupun tidak engkau kenal.
50. Ucapkanlah salam yang
disunahkan iaitu
"assalamualaikum" dan tidak
cukup hanya dengan isyarat
telapak tangan atau kepala
saja.
51. Janganlah mencela
seorangpun dan mensifatinya
dengan kejelekan.
52. Janganlah melaknat
seorangpun termasuk haiwan
dan benda mati.
53. Hati-hatilah dari menuduh
dan mencoreng kehormatan
orang lain kerana hal itu
termasuk dosa yang paling
besar.
54. Hati-hatilah dari namimah
(mengadu domba), yakni
menyampaikan perkataan di
antara manusia dengan
maksud agar terjadi
kerosakan di antara mereka.
55. Hati-hatilah dari ghibah,
yakni engkau menceritakan
tentang saudaramu apa-apa
yang dia benci jika
mengetahuinya.
56. Janganlah engkau
mengagetkan, menakuti dan
menyakiti sesama muslim.
57. Wajib bagimu melakukan
ishlah (perdamaian) di antara
manusia kerana hal itu
merupakan amalan yang paling
utama.
58. Katakanlah hal-hal yang
baik, jika tidak maka diamlah.
59. Jadilah engkau orang yang
jujur dan janganlah berdusta
kerana dusta akan
menghantarkan kepada dosa
dan dosa menghantarkan
kepada neraka.
60. Janganlah engkau bermuka
dua. Datang kepada
sekelompok dengan satu
wajah dan kepada kelompok
lain dengan wajah yang lain.
61. Janganlah bersumpah
dengan selain Allah dan
janganlah banyak bersumpah
meskipun engkau benar.
62. Janganlah menghina orang
lain kerana tidak ada
keutamaan atas seorangpun
kecuali dengan taqwa.
63. Janganlah mendatangi
dukun, ahli nujum serta
tukang sihir dan jangan
membenarkan (perkataan)
mereka.
64. Janganlah menggambar
gambar manusia dan binatang.
Sesungguhnya manusia yang
paling keras adzabnya pada
hari kiamat adalah tukang
gambar.
65. Janganlah menyimpan
gambar makhluk yang
bernyawa di rumahmu kerana
akan menghalangi malaikat
untuk masuk ke rumahmu.
66. Tasymitkanlah orang yang
bersin dengan membaca:
"yarhamukallah" apabila dia
mengucapkan: "alhamdulillah"
67. Jauhilah bersiul dan tepuk
tangan.
68. Bersegeralah untuk
bertaubat dari segala dosa
dan ikutilah kejelekan dengan
kebaikan kerana kebaikan
tersebut akan
menghapuskannya. Dan hati-
hatilah dari menunda-nunda.
69. Berharaplah selalu akan
ampunan Allah serta rahmat-
Nya dan berbaik sangkalah
kepada Allah .
70. Takutlah kepada adzab
Allah dan janganlah merasa
aman darinya.
71. Bersabarlah dari segala
mushibah yang menimpa dan
bersyukurlah dengan segala
kenikmatan yang ada.
72. Perbanyaklah melakukan
amal shalih yang pahalanya
terus mengalir meskipun
engkau telah mati, seperti
membangun masjid dan
menyebarkan ilmu.
73. Mohonlah syurga kepada
Allah dan berlindunglah dari
neraka.
74. Perbanyaklah
mengucapkan shalawat dan
salam kepada Rasulullah.
Shalawat dan salam
senantiasa Allah curahkan
kepadanya sampai hari kiamat
juga kepada keluarganya dan
seluruh shahabatnya.
(Diterjemahkan dari buletin
berjudul 74 Washiyyah li Asy-
Syabab terbitan Daarul Qashim
Riyadl-KSA oleh Abu
Abdurrahman Umar Munawwir)