Minggu, 18 Maret 2012

Hukum mengukir nai pada tangan

Hukum mengukir nai pada tangan...


Bagaimanakah hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini byk perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]

Abu Hasan Din Al-Hafiz berkata: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau mau pakai inai, pakailah benar benar di ujung jari."

Fatwa majlis malaysia(muzakarah jawatan kuasa tentang agama islam di malysia) yg ke 88 yg bersidang pada pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Majlis telah memutuskan bahawa:

- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita,baik yang telah menikah atau belum selagi tidak menimbulkan fitnah.

- Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terbatas sampai pergelangan tangan dan atas telapak tangan saja, dan untuk warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.

Mengenai corak atau ukiran yang digunakan,,corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan,gambar2 hewan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa saja gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

-Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman..

Semoga bermanfaat.